itulah nama tajuk cerpenku..
berfikir mencari ilham sangatlah lama..
tetapi mengarangnya hanya sehari..
dek sibuk dengan tesis..
jika saudara ada masa,
sudi-sudikanlah mencerahkan mata,
untuk membaca hasil penulisanku ini,
ku sendiri akui,
ada banyak kelemahan,
tapi, baca sahajalah ye..
sila click di sini
pendawa lima
PENDAWA LIMA
Wednesday, October 21, 2009
Posted by Rina Rossoneri at 11:50 PM 0 comments
CERPEN SIAP
Friday, October 16, 2009
semalam sebaik sahaja siap cerpen yang ditaip,
kami pun menghantar cerpen berkenaan ke bilik Dr,
hal ini kerana kami ada pembentangan,
jadi kami tidak dapat menghadirkan diri
cerpen yang kusiapkan ini,
memang sudah lari daripada plot yang kurangka,
tapi hendak buat macam mana,
bila kita menulis cerita kita ini,
pasti ada idea lain yang sangkut,
dan pasti akan ditukar jalan ceritanya sedikit.
nanti akan ku postkan cerpenku itu..
Posted by Rina Rossoneri at 2:01 AM 0 comments
minggu yang memenatkan
rasa macam nak pengsan je...
penat sesangat
hari selasa ada ujian lisan jepun,
lepas itu pembentangan proposal,
khamis pulak ada ujian pendengaran jepun,
dengan cerpennya yang belum siap...
dalam masa beberapa jam sahaja cerpen berjaya kusiapkan
yeiiiiiii
hmm berkenaan pada hari yang paling ditakuti oleh pelajar tahun 3 linguistik,
masa aku kena bentang tu..
aku tak tahulah nak cerita macam mana...
sebab rasa penat sahaja hendak bercerita mengenai hari kejadian...
baiklah,
aku memulakan pembentanganku dengan memberi penerangan,
dengan suara ku yang ku SAJA lunakkan,
hahahah,
semata-mata untuk menyembunyikan rasa gementar itu,
kemudian, bermulalah sesi pertanyaan
yang amat dan begitu sekali sangat MEMENATKAN
mula-mula itu bersemangatlah nak jawab,
walaupun dengan suara yang agak menggelabah,
tapi lama-lama tu penat laaaaaaaaaa,
aku pun 'ye ye ye'...
dah malas nak fikir..
walaupun sekadar beberapa minit itu sahaja...
ujian pendengaran jepun...
ini pun tak tahulah...
ada satu huruf tu aku boleh 'tergelap' seketika,
boleh pulak aku lupe macam mana nak tulis huruf tu...
tak suka ujian pendengaran lebih rela lisan..
Posted by Rina Rossoneri at 1:57 AM 0 comments
bermula sudah....
Monday, October 12, 2009
esok bermulalah hari pembentangan proposal..
semuanya merasakan debaran antara satu sama lain..
fikiran masing-masing melayang..
perut senak,
jantung berdegup pantas daripada biasa...
bagaimana dengan cerpen?..
dalam proses..
Posted by Rina Rossoneri at 7:22 AM 0 comments
seakan satu semangat yang menular...
Thursday, October 8, 2009
pagi ini aku ada diskusi bersama dengan senior lingusitik,
mereka menceritakan pengalaman mereka,
membentang proposal,
pada mulanya aku berasa takut mendengar cerita mereka,
kemudian kami diletakkan dalam kumpulan,
bersama senior yang dahulunya di bawah penyelia kami,
iaitu k.hasmidah dan a.faiz,
apabila mendengar mereka memberi tips,
nasihat dan panduan bajet :D,
tiba2 ku terasa ada satu kuasa yang muncul dalam diriku,
ia menular dan merebak ke seluruh badanku,
soal takut gementar sudah tidak ku fikirkan lagi,
apa yang ada dalam tumpuanku kini,
apakah soalan2 yang mungkin akan ditanya.
tesis tesis juga,
cerpen perlu disiapkan ye,
sudah berapa kali tertangguh,
aku kene bertekad
MINGGU INI SIAPKAN CERPEN!!!!!
ini bersama seniorku
Posted by Rina Rossoneri at 7:17 AM 0 comments
peluh membasahi badanku
kelas tamat jam 2,
makanan dibeli dan dibungkus,
naik bas pergi ke canselori,
di dalam bas ku termenung,
memikirkan cerpen yang satu huruf pun belum kutaip,
jalan ceritanya juga belum kurangka,
otakku berputar,
darah2 di dalam otak ini seakan membeku dan
mengeluarkan wap2nya.
minggu hadapan hari khamis,
aku akan bentang proposal tesisku,
pagi itu pula kelas penulisan ini?
bagaimana ye?
Posted by Rina Rossoneri at 7:12 AM 0 comments
detik-detik yang tinggal...
Tuesday, September 29, 2009
hari raya sudah pun masuk hari ke 11..
namun, kini sudah tidak terasa pun perayaan itu..
kesibukan dengan tugasan kuliah mahupun aktiviti lain..
membuatkan perayaan itu sudah tidak merasa meriah di sini..
tetapi ada juga yang masih mahu membangkitkan kehangatan itu..
jamuan hari raya diadakan..
tetapi jamuan hari raya pusatku lambat lagi..
(hendak harapkan fakulti kami tidak dijemput :( )
15hb barulah diadakan..
yang malangnya..
pada tarikh tersebut adalah tarikh pembentangan proposalku..
dan juga peperiksaan LISAN Jepun ku akan berlangsung..
aku sendiri tidak tahu adakah aku dapat menampung tekanan itu..
rasa takut yang sudah lama menyelubungi tentang proposal ini..
sehinggakan ia sudah menjadi alah bisa tegal biasa..
Posted by Rina Rossoneri at 9:00 PM 0 comments
ooooo Hang Tuah
kulit luarannya sudah ku lakarkan..
namun isinya belum kupadatkan..
keluhan sudah pun terhembus..
otak sudah pun berputar..
tapi isinya masih belum kujumpa..
begini kulit luarannya..
pertemuan dua orang ahli pertahankan diri yang berbeza..
Kung FU dan Silat di dalam satu gelanggang..
masing2 ingin mengetahui jati diri...
begitulah lakaranku..
rasa macam cerita Samurai X pula..(tapi itu jepun)
sebenarnya memang dari situ pun larakanku bermula..
sebelum ini memang ada pelajar lain mahu buat mengenai silat bukan?..
masa itu tiba-tiba rasa semangat turun ke 0 pula..
(sebab kalau boleh tak nakla sama)..
kucuba cari idea lain..
tetapi tak boleh juga..
(sebab aku suka sangat idea ini)
jadi aku kekalkan juga
cerita Samurai X ini seronok sangat..cuma panjang sajalah..kujuga tidak sempat menontonnya sampai habis..walaupun dah berpuluh kali tayang di saluran 715
Posted by Rina Rossoneri at 8:54 PM 0 comments
berjalan
Saturday, September 19, 2009
kami berdua berjalan..
melalui kesunyian di saat mentari terik..
mereka yang lain telah pun berlalu...
pergi menemui mereka tersayang..
kami berdua meneruskan langkah
di tepi kaki lima yang malap..
meskipun disimbahi dengan cahaya terik..
yang memamah badan kami..
sehingga cair mengalir melencun baju kami..
namun,
kaki terus mengayunkan langkah..
melalui jalan yang kelam..
sesekali mobil menyusur di sebelah dengan sombongnya..
membiarkan kami berdua..
terus berjalan di bawah lindungan mereka..
yang tinggi kurus hijau dan mesra...
sesekali kami ketawa...
bercerita berceloteh berbicara berbahas...
antara Hang Tuah, dahulu dan kini...
Posted by Rina Rossoneri at 11:07 AM 0 comments
bila mentari muncul lagi...
ramai yang tidak sabar meniti sinar mentari yang baru..
bagiku...tiada yang baru...
biasa yang bukan seperti rutin...
bukan baru tidak seperti ianya lama...
cuma...ianya sesuatu yang dijangka...
ramai yang tidak sabar hendak menjejakkan tayar di atas lebuh raya..
berkunjung mengerat silaturrahim..
bagiku...bukan sesuatu yang teruja..
bukan teruja tidak bermaksud tidak gembira..
cuma...sesuatu yang dijangka...
sinar mentari baru yang bakal berlabuh...
ku akan berkunjung bukan di negeri Hang Tuah...
tetapi negeri yang menyelamatkan pewaris takhta selepas dijajah...
hidupku pasti seperti batu di tepi jalan...
seperti kewujudan sebagai hiasan...
realiti tetapi dianggap khayalan...
arghhhhhhh.....itulah yang sering kudetikkan..
Posted by Rina Rossoneri at 8:26 AM 0 comments
KAwan
Friday, September 11, 2009
sejak kebelakangan ini ramai rakanku memperkatakan mengenai erti sahabat,
mereka semua dilanda masalah,
masalah persahabatan,
ada yang bertanya,
'kenapa ada orang melabelkan diriku tidak tepati janji'
'kenapa asyik aku saja yang perlu menjaga hati rakanku'
'kenapa dia tuduh aku semata-mata hendak melepaskan diri, sedangkan aku tidak pernah berbuat demikian'
'kenapa mesti dia mengkhianati aku'
walaupun ramai yang mengkhabarkan percintaan itu rumit,
sebenarnya,
masalah persahabatan juga rumit,
sama seperti percintaan.
namun, bagi kebanyakkan orang
persahabatan dan percintaan, dua perkara yang berbeza,
sedangkan ia saling berkaitan,
ada yang sanggup mengenepikan rakan,
semata-mata kerana lelaki,
menipu rakan,
semata-mata kerana lelaki,
meskipun persahabatan itu dibina sedari kami kecil,
kini seolah-olah ia tidak bermakna,
sayang semamangnya sayang,
tapi apakan daya,
jika orang tidak menghargai kasih sayang persahabatan ini,
mengapa mesti harus ku tunduk mencurah air kasihku....
masa berlalu,
meskipun sedih kehilangan persahabatan itu,
tapi sebalik peristiwa ini,
muncul pula tali persahabatan yang lain,
ku amat percaya akan persahabatan ini,
apatah lagi,
dia lebih menyanyangi diriku berbanding diriku menyanyanginya,
itu akui kerana aku takut terlalu menyanyangi seseorang...
erti persahabatan ini ku belajar darinya,
dia cuba sedaya upaya membantu rakannya,
meskipun dirinya dimarahi,dia tidak peduli...
dia ambil berat akan rakannya,
tenaga dan wang dia tidak peduli,
asalkan dia bersama dengan rakannya...
apa yang pasti kehidupan kita akan sentiasa berdepan
dengan orang yang berperangai aneh yang kadang-kadang
sukar diterima,tapi, cubalah
sedaya upaya kuat menghadapinya..
tak dapat dinafikan ianya perit, tapi
keperitan itu pasti akan diganti dengan kemanisan..
tapi terdapat persoalan di sini...
adakah Hang Tuah seorang rakan yang baik..
pastinya ramai yang mengatakan tidak kerana dia telah membunuh rakannya..
kasih sayang Hang Tuah terhadap sultan ibarat
kasih sayangnya terhadap ibubapanya,
cuba bayangkan jika ibubapa anda menyuruh anda membunuh rakan baik anda sendiri,
apakah yang akan anda lakukan...
seperti yang telah dinyatakan..
persahabatan ini kompleks..
Posted by Rina Rossoneri at 3:39 PM 0 comments
pakar Bahasa
Tuesday, September 8, 2009
belajar bahasa asing memang memeningkan..
terutama apabila bahasa itu menggunakan tulisan yang berbeza..
ku terasa seperti belajar bahasa alien..
tapi ku usahakan juga..
dengan menganggap karakter tulisan itu seperti bahasa kod..
jadi agak seronok belajar tulisan ibarat bahasa kod itu..
tapi...
bila sampai masanya belajar tatabahasa..
waaaaaaaaaaaa...PENING!...
sebab strukturnya yang amat berbeza..
contohnya jika betul2 diterjemahkan..
'saya roti makan'..'saya punya belakang adalah kucing'..
aku termangu merenung buku Jepun ini...
satu partikel sahaja banyak fungsi..
aku memandang ke kiriku...
"Tuah belajar bahasa berapa banyak"...Hang Tuah tersenyum mendengar soalanku..
"sebanyak 12 bahasa hamba mengaji"..
perghhhhhh 12???? 12???? aku satu bahasa ni pun pening..
"bahasa apa yang Tuah tahu"..
"seperti bahasa Jawa, Cina, Siam.."..
yo lah
Posted by Rina Rossoneri at 10:39 PM 0 comments
Tiba sudah~
berkunjung di halaman yang bakal menceritakan
hanya mengenai..
Hang Tuah....
Hang Tuah..
antara mitos dan sejarah...
pelbagai versi diperkatakan..
adakah ianya khayalan atau realiti...
tempat persemadian tiada tetapi ceritanya ada..
filem dan novel masing2 mengeluarkan versinya..
dan kami juga telah diberi tugas..
untuk membuat kelainan versi mengenai Hang Tuah..
Hang Tuah yang manakah pilihan anda...
inikah?
atau inikah?
atau yang inikah..??
Posted by Rina Rossoneri at 7:17 AM 1 comments