sejak kebelakangan ini ramai rakanku memperkatakan mengenai erti sahabat,
mereka semua dilanda masalah,
masalah persahabatan,
ada yang bertanya,
'kenapa ada orang melabelkan diriku tidak tepati janji'
'kenapa asyik aku saja yang perlu menjaga hati rakanku'
'kenapa dia tuduh aku semata-mata hendak melepaskan diri, sedangkan aku tidak pernah berbuat demikian'
'kenapa mesti dia mengkhianati aku'
walaupun ramai yang mengkhabarkan percintaan itu rumit,
sebenarnya,
masalah persahabatan juga rumit,
sama seperti percintaan.
namun, bagi kebanyakkan orang
persahabatan dan percintaan, dua perkara yang berbeza,
sedangkan ia saling berkaitan,
ada yang sanggup mengenepikan rakan,
semata-mata kerana lelaki,
menipu rakan,
semata-mata kerana lelaki,
meskipun persahabatan itu dibina sedari kami kecil,
kini seolah-olah ia tidak bermakna,
sayang semamangnya sayang,
tapi apakan daya,
jika orang tidak menghargai kasih sayang persahabatan ini,
mengapa mesti harus ku tunduk mencurah air kasihku....
masa berlalu,
meskipun sedih kehilangan persahabatan itu,
tapi sebalik peristiwa ini,
muncul pula tali persahabatan yang lain,
ku amat percaya akan persahabatan ini,
apatah lagi,
dia lebih menyanyangi diriku berbanding diriku menyanyanginya,
itu akui kerana aku takut terlalu menyanyangi seseorang...
erti persahabatan ini ku belajar darinya,
dia cuba sedaya upaya membantu rakannya,
meskipun dirinya dimarahi,dia tidak peduli...
dia ambil berat akan rakannya,
tenaga dan wang dia tidak peduli,
asalkan dia bersama dengan rakannya...
apa yang pasti kehidupan kita akan sentiasa berdepan
dengan orang yang berperangai aneh yang kadang-kadang
sukar diterima,tapi, cubalah
sedaya upaya kuat menghadapinya..
tak dapat dinafikan ianya perit, tapi
keperitan itu pasti akan diganti dengan kemanisan..
tapi terdapat persoalan di sini...
adakah Hang Tuah seorang rakan yang baik..
pastinya ramai yang mengatakan tidak kerana dia telah membunuh rakannya..
kasih sayang Hang Tuah terhadap sultan ibarat
kasih sayangnya terhadap ibubapanya,
cuba bayangkan jika ibubapa anda menyuruh anda membunuh rakan baik anda sendiri,
apakah yang akan anda lakukan...
seperti yang telah dinyatakan..
persahabatan ini kompleks..
KAwan
Friday, September 11, 2009
Posted by Rina Rossoneri at 3:39 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment